Saturday, February 12, 2011

Akil Baliq



Akil Baligh

Akil baligh bermula apabila anak perempuan mengalami gejala haid. Alam kanak-kanak berakhir apabila anak perempuan memasuki usia remaja yang menyediakan keadaan tubuh badan gadis itu untuk kehamilan dan untuk bersalin. Anak perempuan akan memasuki alam akil baligh iaitu alam kedewasaan menurut Islam, apabila beliau pertama turun darah haid. Di dalam bahasa medik ia dikenali sebagai menarche. Ia adalah berasal dari bahasa yunani yang bermaksud permulaan bulan. Pada puratanya ia berlaku pada sekitar umur 12 tahun.

Puratanya seorang budak perempuan akan mencapai akil baligh selepas dua tahun mengalami pembesaran pada buah dadanya. Ini dikenali sebagai thelarche. Apabila menarche berlaku ini menandakan gadis itu mengalami rangsangan estrogen di dalam rahimnya. Terutama bahagian dinding rahim. Ia juga menandakan bahawa pintu serviks adalah terbuka untuk pengeluaran darah haid. Ia mengambil masa beberapa bulan sebelum sistem hormon berfungsi dengan baik sepenuhnya dan anak gadis ini mengalami gejala haidnnya yang pertama yang sempurna.
Ada sebilangan kecil budak perempuan mengalami haid yang awal yang dipanggil (isolated premature menarche) dan ada juga yang mengalami haid yang lewat (primary amenhorrhea).


Anak Perempuan lambat datang haid

Lambat haid adalah satu simtom yang penting diawasi. Untuk anak perempuan yang lambat datang haidnya, contohnya beliau sudah berumur 16 tahun dan masih belum datang haid ia mungkin menandakan bahawa ada sesuatu penyakit, kecacatan atau sindrom yang menimpanya. Pada kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid untuk pertama kali pada umur 12 sehingga 16 tahun. Ini dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian dari doktor. 

Punca haidnya tidak datang

Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada:
  1. Fungsi ovari atau kilang pituitary yang menjadi tidak normal.
  2. Kelewatan akil baligh yang disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir.
  3. Kadang-kala terdapat juga kes berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj(imperforate hymen). Dalam keadaan ini gadis tersebut mengalami simtom sakit perut setiap bulan tetapi haidnya tidakkeluar.
  4. Faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah anak tak datang haid?

Langkah pertama ialah untuk mengenalpasti punca kelewatan haid. 

1. Perhatikan tanda-tanda kematangan pada anak perempuan anda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak untuk mencari tanda pengeluaran estrogen yang berfungsi memberi ciri-ciri fisikal fisiologi wanita

2.Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound dengan doktor pakar pada perut dilakukan untuk mengesan samadakewujudan rahim dan ovari di bahagian perkakas peranakan hadir ataupun tidak. 

3.Ujian darah dilakukan untuk menyukat paras hormon estrogen dan progesteron (samada ia normal). 

Merawat kelewatan haid bergantung kepada punca masalah. Sebagai contoh jika dara tertutup yang dikenali sebagai imperforate hymen dan menghalang haid keluar pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk faraj ‘artificial vagina’ boleh dilakukan, Satu laluan faraj dipotong untuk gadis tersebut.
Rawatan ubat-ubatan jenis hormon pula diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary di otak atau ovari di rahim.


Memahami gejala haid

Sekarang mari kita lihat apa yang sedang berlaku di dalam badan anda sekarang. Apa yang berlaku ketika anda sedang haid? 

Anatomi fisikal rahim

uterus21Gambarajah menunjukkan keratan rentas dari bahagian tepi anatomi ari-ari perempuan. Uterus adalah bahasa medik untuk rahim wanita. Kedudukannya yang normal adalah sujud ke hadapan seperti di dalam gambarajah ini. Jika ia condong ke belakang ia dipanggil retroverted uterus atau rahim terbalik. Ia boleh menyumbang kepada kes ketidaksuburan dan penyakit endometriosis. Kedudukan rahim berada di atas pundi-pundi kencing serta kebesarannya sebesar buah lai yang sekecil tangan anak-anak 6 tahun.





uterus22Gambarajah menunjukkan keratan rentas organ peranakan wanita. Organ peranakan wanita terdiri daripada dua fimbria, dua ovari, dua fallopian tiub, rahim , faraj (vagina), dan pintu rahim (cervix). Di dalam gambar sebelah rahim merupakan bahagian tengah gambar itu yang berbentuk lapisan kon. Bahagian dalam dinding rahim dikenali sebagai endometrium. Bahagian ini amat penting untuk kehamilan kerana dinding rahim yang tidak sihat menyebabkan ketidaksuburan dan juga keguguran. 

Perjalanan sebiji telur

Telur akan terbentuk di dalam ovari. Ia menetas dan ditangkap oleh tangan rahim iaitu fimbria. Ia melalui perjalanan ke rahim melalui fallopian tiub. Setibanya di rahim jika tiada persenyawaan berlaku ia berkecai dan luruh sebagai darah haid dan keluar melalui cervix, yakni pintu rahim. Darah itu akan keluar melalui faraj sebagai darah haid.

2 comments: